Pages

Tuesday, March 30, 2010

Sejarah Pen Dakwat

Lewis Waterman telah mencipta pen dakwat yang pertama pada 1884. Alat tulis yang berisi dakwat telah dibentuk dan ia wujud lebih dari 100 tahun sebelum penciptaan waterman. Contohnya, pen dakwat yang ada hingga sekarang telah direkabentuk oleh seorang warga Perancis bernama M. Bion pada 1702. Peregrin Williamson, pembuat kasut telah mendapat hak cipta sebagai seorang warga Amerika yang pertama pada 1809. John Scheffer telah menerima hak cipta British pada 1819 untuk pen separuh bulu, pen separuh logam yang disasarkan untuk pengeluaran massa. John Jacob Parker telah mendapat hak cipta untuk pen dakwat berisi pada 1831. Namun, model pen dakwat yang awal telah terjejas akibat limpahan dakwat dan kerosakan lain yang menyebabkan ia tidak diguna dan sukar dijual.

Bentuk pen dakwat wujud selepas penggunaan bulu untuk beribu-ribu tahun. Pencipta awal telah membuat pemerhatian yang jelas tentang dakwat yang disimpan dalam saluran lubang bulu burung lalu cuba untuk mencipta dengan kesan yang hampir sama dengan penciptaan manusia yang boleh menahan dakwat yang banyak dan tidak memerlukan pencedokan dakwat secara berterusan. Walaubagamana pun, buluh bukanlah pen, ia benda alam semulajadi yang diubahsuai untuk kegunaan manusia. Dengan penyimpanan dakwat pen yang nipis dan panjang yang diperbuat daripada getah dan hujung pen yang melekat di bawah, tidak cukup untuk mengeluarkan alat tulis yang lembut. Lewis Waterman, jurujual insurans telah mendapat semangat untuk membaiki kelemahan pen dakwat apabila dakwat pen yang digunakannya melimpah lalu merosakan surat perjanjian dengan kliennya. Idea Lewis Waterman adalah untuk menambah lubang angina pada hujung mata pen dan alur di dalam mekanisme kemasukan.

Mekanisme digubah dengan tiga bahagian utamanya. Hujung mata pen berhubung terus dengan kertas. Bahagian pengeluaran dakwat atau bahagian bawah hujung mata pen mengawal pengaliran dakwat dari tempat penyimpanannya. Tong bulat yang memegang hujung mata pen dan mengeluarkan dakwat untuk menulis, menghalang penyimpanan dakwat dari dalam. Semua pen mengandungi penyimpanan dakwat dalaman. Perbezaan penyimpanan dakwat membuktikan ialanya salah satu kwasan persaingan yang hebat dalam industri pen. Pada awal abad ke-19, pen diguna sebagai titisan mata. Pada 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian sendirian yang lembut dan penyerap getah yang mudah melentur seperti tempat penyimpanan dakwat. Untuk mengisi semula dakwat, tempat penyimpanan akan ditekan rata oleh lapisan dalaman lalu hujung mata pen akan dimasukkan ke dalam botol dakwat. Selepas itu, tekanan lapisan dalaman dilepaskan supaya penyerap dakwat dipenuhi dengan dakwat yang segar.

HAK CIPTA BERBEZA YANG DITERBITKAN UNTUK PEN DAKWAT YANG BOLEH DIISI
Pengisi Butang ( Button Filler)
Hak ciptanya pada 1905 dan mula-mula ditawar oleh Syarikat Pen Parker pada 1913 sebagai alternatif untuk kaedah titisan mata. Tambahan butang ditambah pada alat tekanan dalaman yang meratakan penyerapan dakwat apabila ditekan.

Pengisi Tuil ( Lever Filler )
Water Sheaffer mendapat hak ciptanya pada 1908. Syarikat Pen W.A Sheaffer, Fort Madison, Iowa telah memperkenalkannya pada 1912. tuil luar menekan penyerap dakwat yang mudah melentur. Tuil berisi mengepam tong pen apabila ia tidak diguna. Pengisi tuil mendapat hadiah sebagai pemenang untuk 40 tahun yang akan datang manakala pengisi butang mendapat tempat kedua.

Pengisi Klik ( Click Filler )
Mula dipanggil sebagai pengisi sabit yang diperkenalkan secara komersial oleh Roy Conklin, Toledo. Reka bentuk Syarikat Pen Parker yang kemudian menggunakan nama pengisi klik. Apabila 2 alat menonjol keluar dari pen itu ditekan, penyerap dakwat akan menjadi kempis. Alat itu akan mengeluarkan bunyi ‘klik’ apabila penyerap tersebut penuh.

Pengisi batang mancis ( Matchstick Filler )
Ia diperkenalkan sekitar tahun 1910 oleh Syarikat Weidlich. Logam bulat dan lurus yang kecil pada pen atau pada batang mancis menekan alat tekanan dalaman melalui lubang yang ada dalam tong pen.

Pengisi Syiling ( Coin Filler )
Diusahakan oleh Lewis Waterman dalam usaha bersaing dengan hak cipta pengisi tuil yang dimiliki oleh Sheaffer. Lubang kecil dalam tong membolehkan syiling untuk mengempiskan alat tekanan dalaman, yang seakan-akan seperti pengisi batang mancis.

Terdapat 9 jenis hujung mata pen yang berstandard dengan 3 hujung mata pen yang berpotongan berbeza, iaitu tegak, serong dan condong. Dakwat awal menyebabkan hujung mata pen logam menghakis dan hujung mata pen emas membantu dalam penghakisan. Iridium digunakan pada hujung mata pen halus untuk menggantikan emas yang terlalu lembut. Kebanyakan pemilik ada huruf pertama yang bercantum pada penyepit pen. Ia mengambil masa selama 4 bulan untuk mencetuskan alat tulis yang baru sejak kewujudan hujung mata pen yang direka bentuk untuk mudah melentur apabila ditekan. Setiap hujung mata pen bersesuaian dengan gaya pemiliknya. Sebab itu, orang tidak berminat untuk meminjamkan pen dakwatnya kepada yang lain.

Kartrij dakwat yang diperkenalkan sekitar tahun 1950, tidak boleh dibuang, boleh diisi semula dalam kartrij plastik atau kaca yang direka untuk tujuan kebersihan dan kemasukan yang mudah. Ia merupakan kejayaan yang serta-merta. Pengenalan pen mata bulat, memberi naungan kepada penciptaan kartrij dan mengurangkan perniagaan bagi industri pen dakwat. Pen dakwat yang dijual kini adalah sebagai alat tulis klasik dan yang asli kini menjadi koleksi yang hebat.

No comments:

Post a Comment