Pages

Wednesday, March 31, 2010

TAHUKAH ANDA SEJARAH MENGENAI VIRUS !!!

Menurut kamus pelajar DBP, virus bermaksud `hidupan seni yang menyebarkan penyakit dan menularkannya. Dalam istilah komputer, virus adalah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu dalam disk yang dinamakan boot sector. Virus akan diaktifkan apabila kita menjalankan sesuatu program atau perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti.

Perkataan virus adalah berasal daripada perkataan latin bermaksud racun. Virus telah diketahui oleh manusia lebih daripada 20 tahun yang lalu. Tetapi mengikut rekod, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau disalin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.

Virus komputer merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan fail-fail komputer yang dijangkitinya. Bertukar dan membiak dengan sendiri adalah satu "kemahirannya" yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah, virus komputer memiliki keupayaan parasit, di mana ia boleh bercantum dengan sektor boot atau fail di dalam komputer anda lalu bertindak untuk merosakkan serta menghancurkan sistem fail tersebut .

Berbeza dengan virus biologi, virus komputer boleh dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti C, C++ selain bahasa himpunan (assembly language). Pereka virus akan membiana set-set aturcara tertentu dan akan memastikan ia berfungsi untuk merosakkan kandungan fail-fail perisian secara meluas atau berdikit-dikit. Satu lagi alternatif ialah penggunaan perisian yang berupaya menghasilkan virus secara automatik berdasarkan ciri-ciri tetentu misalnya dengan menggunakan Enjin Virus SMEG (Virus Engine). Virus yang tersenarai di sini pernah mencipta nama di persada antarabangsa pada suatu ketika .

Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain. Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu." Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.

Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.

20 tahun yang lalu tidak wujud sebarang virus komputer. Dalam tahun 1983, program virus yang pertama dihasilkan oleh seorang pelajar Universiti of Carlifornia iaitu Fred Cohen. Sebenarnya virus ini dicipta hanyalah untuk menyedarkan tentang bahayanya kod komputer sedemikian rupa. Virus telah diketahui oleh manusia lebih daripada 20 tahun yang lalu.

Berdasarkan rekod dunia, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau di salin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.

Setahun kemudian beberapa serangan virus komputer dilaporkan , antaranya Jurusalem yang berasal dari Israel.Jurusalem adalah virus penghuni ingatan (memory resident ) pertama. Ia memasangkan dirinya kedalam ingatan komputer terpasang.

Selain Jurusalem, virus Stoned, Cascade dan Friday 13th juga dikesan kali pertama pada tahun 1987. Pada tahun 1990, banyak virus yang mempunyai keupayaan canggih merebak secara meluas. Antaranya Stealth iaitu virus yang boleh menyembunyikan dirinya atau kerosakan yang dilakukannya.

Polymorphism atau lebih dikenali sebagai Trojan Horse - virus yang sentiasa mengubah dirinya semasa merebak. Armoring yang melindungi kod virus dari dibongkar oleh penyelidik antivirus dan Multipartite iaitu sejenis virus yang menyerang perisian dan boot sector secara serentak. Ada lagi sejenis virus yang seakan–akan Trojan Horse kerana ia akan menyalin kembali dirinya, perbezaanya ia menyalin dirinya tanpa mengubah kod aturcaranya. Ia akan merebak sehingga memenuhi ruang storan. Virus ini dikenali sebagai worm. Ia juga akan menyalin dirinya dan menghantar emel kepada senarai emel yang ada di dalam buku alamat yang terdapat dalam akaun emel pengguna tersebut. Ia juga mampu menyerang rangkaian internet melalui emel.

Tahun 1992 menyaksikan kemunculan virus yang paling popular sehingga kini iaitu MICHELANGLO. Virus ini dikenali sebagai jenis `time bomb’.

Pada tahun 1994 pula internet mula mengalami serangan virus. Namun ia tidak berlaku secara meluas dan tiada liputan dibuat. Setahun selepas itu apabila Windows 95 dikeluarkan sejenis virus baru ditemui iaitu virus macro yang dinamakan sebagai Concept. Ia berupaya menjangkiti fail-fail daripada pelbagai platform atau sistem pengoperasian . Menjelang tahun 1996 Concept menjadi virus paling banyak yang disebarkan dalam dunia pengkomputeran

No comments:

Post a Comment