Pages

Tuesday, March 30, 2010

Timeline Sejarah Komputer

Berikut adalah sejarah perkembangan komputer dari tahun 1937 sehingga tahun 2006 yang dapat membantu kita untuk mengenali dan memahami proses penciptaan komputer.

1937 :

Dr. John V. Atanasoff dan Clifford Berry mereka bentuk dan membina komputer digital elektronik yang pertama.
Komputer - Atanasoff – Berry (ABC) membekalkan asas bagi lanjutan dalam komputer digital elektronik

1943 :
Saintis British, Alan Turing mereka bentuk Colossus, sebuah komputer elektronik pemecah kod rahasia.
Colossus dicipta khas untuk tentera bagi memecahkan kod-kod rahsia German.
Kemunculan komputer ini telah dirahsiakan sehingga tahun 1970-an.

1945 :
John von Neumann telah mencipta komputer elektronik untuk Pelajaran Lanjutan di Institut.
Senibina von Neumann dalam komputer sesuai sebagai prototaip untuk komputer program yang disimpan di seluruh dunia.
Von Neumann mereka bentuk ‘EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)’ dengan memori yang menampung baik program ataupun data.
Teknik ini memungkinkan komputer untuk berhenti pada suatu saat dan kemudian meneruskan pekerjaannya kembali.
Kunci utama senibina von Neumann adalah unit pemroses pusat (Central Processing Unit - CPU), yang memungkinkan seluruh fungsi komputer untuk dikoordinasikan melalui satu sumber tunggal.
Senibina von Neumann menyatakan komputer dibahagi kepada 4 bahagian utama, iaitu Unit Aritmetik dan Logik (Arithmetic and Logic Unit - ALU), litar pengawal (control circuitry), memori, dan alat input-output.
Bahagian-bahagian ini disambung oleh wayar-wayar yang dikenali sebagai ‘bas’.
Unit Aritmetik dan Logik (ALU) merupakan alat yang melaksanakan operasi asas seperti operasi aritmetik, iaitu tambah, tolak, darab, dan sebagainya, operasi logik, iaitu ‘AND, OR, NOT’ dan membandingkan operasi.
Unit pengawal (Control Unit) menyelia slot-slot yang menyimpan arahan terkini, seterusnya memberitahu ALU tentang operasi yang perlu dilakukan serta menerima maklumat yang perlu daripada memori untuk melaksanakan operasi tersebut. Kemudiannya ia menghantar kembali hasil operasi ke kedudukan memori yang sesuai.
Unit Input-output membenarkan komputer menerima maklumat daripada dunia luar, dan menghantar keputusan maklumat kembali ke dunia luar.
Terdapat pelbagai bentuk alat input/output, iaitu papan kekunci, skrin, dan cakera liut (floopy disc).

1946 :
Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert, Jr. menyempurnakan kerja dalam elektronik berskala besar yang pertama, iaitu ‘ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Computer)’.
ENIAC merupakan komputer digital serbaguna (general-purpose digital computer) yang dapat mengerjakan lebih dari satu tugas
ENIAC yang beratnya 30 tan mengandungi 18,000 tabung vakum, menduduki 30 x 50 kaki ruang, dan menggunakan kuasa sebesar 160 kilowatts.
Pada kali pertama ianya dihidupkan, seluruh seksyen Philadelphia diterangi dengan cahaya yang kabur.

1947 :
William Shockley, John Bardeen, dan Walter Brattain mencipta alat rintangan pindahan yang dipanggil sebagai transistor.
Transistor yang menukar sepenuhnya komputer membuktikan kepercayaan yang lebih banyak berbanding tabung vakum.
Ia juga menggantikan tabung vakum di komputer, televisyen, dan radio yang mengakibatkan ukuran mesin-mesin elektrik berkurang.

1951 :
Remington Rand telah memperkenalkan UNIVAC 1 (Universal Automatic Computer), komputer digital elektronik yang boleh didapati secara komersial.
UNIVAC 1 menjadi komputer komersial pertama yang memanfaatkan model senibina von Neumann tersebut.
Kesedaran awam tentang komputer meningkat apabila UNIVAC 1, selepas menganalisis 5 % undi popular, meramalkan dengan tepat bahawa Dwight D. Eisenhower akan memenangi pemilihan presiden.

1952 :
Dr. Grace Hopper mempertimbangkan konsep penggunaan semula software dalam kertas kerja yang bertajuk ‘ Pendidikan Komputer ’.
Ia mengutarakan bagaimana memprogram komputer dengan notasi bersimbol selain memperincikan bahasa mesin yang telah pun diguna pakai.

1953 :
Komputer Model IBM 650 digunakan secara meluas.
Asalnya, IBM merancang untuk mengeluarkan 50 buah mesin tetapi sistemnya yang sangat berjaya membolehkan IBM menghasilkan 1000 buah komputer.
Dengan pengeluaran model IBM 700, syarikat ini akan mendominasi pasaran utama untuk dekad yang akan datang.
Memori teras yang dikembangkan pada awal 1950-an membekalkan kapasiti simpanan yang besar berbanding memori tabung vakum.

1957 :
Sistem RAMAC IBM 305 merupakan model pertama yang menggunakan cakera magnetik (magnetic disc) untuk simpanan luaran.
Sistem ini membekalkan kapasiti simpanan yang sama seperti pita magnetik yang digunakan sebelum ini, tetapi ia menawarkan kelebihan kemampuan capaian sebahagian rawak (semi-random access capability ).
John Backus telah memperkenalkan Fortran (FORmula TRANslation), iaitu bahasa pengaturcaraan (programming language) yang efisien dan mudah digunakan.
Bahasa pengaturcaraan ini menggantikan kod mesin yang rumit dengan kata-kata, kalimat, dan formula matematik yang lebih mudah difahami oleh manusia.
Ini memudahkan seseorang untuk memprogram dan mengatur komputer.

1958 :
Syarikat Peralatan Texas Jack Kilby mencipta litar bersepadu (intergrated circuit) yang mewujudkan asas bagi komputer berkelajuan tinggi dan memori berkapasiti besar.
Komputer yang telah dibina dengan transistor menandakan permulaan kepada generasi kedua hardware komputer.
Transistor menghasilkan panas yang cukup besar dan berpotensi untuk merosakkan bahagian-bahagian dalaman komputer.
Batu kuarsa (quartz rock) dapat menyelesaikan masalah ini.
Litar bersepadu mengkombinasikan tiga komponen elektronik dalam sebuah piringan silikon kecil yang diperbuat daripada pasir kuarsa dapat mengelakkan kerosakan komputer.

1959 :
Lebih daripada 200 bahasa pengaturcaraan telah dicipta.
IBM memperkenalkan dua komputer kecil bersaiz meja, iaitu IBM 1401 untuk perniagaan dan IBM 1620 untuk saintis.
IBM 1620 juga dikenali sebagai CADET tetapi nama ini ditukar oleh IBM apabila warga kolej menyatakan ia adalah akronim untuk ‘Can’t Add, Doesn’t Even Try’.
IBM 1401 diterima secara meluas di kalangan industri.

1960 :
Jawatankuasa yang diketuai oleh Dr. Grace Hopper telah memperkembangkan COBOL (Common Business-Oriented Language), iaitu aplikasi bahasa perniagaan yang bertaraf tinggi.
COBOL merupakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan secara meluas.
COBOL menggantikan kod mesin yang rumit dengan kata-kata yang lebih mudah difahami oleh manusia.
COBOL menggunakan bahasa Inggeris seperti frasa-frasa dan beroperasi dalam kebanyakan komputer perniagaan.

1964 :
Bilangan komputer telah meningkat sehingga 18,000 unit.
Komputer generasi ketiga diperkenalkan dengan pemasangan cip untuk mengawal pelitaran.
Komputer IBM 360 merupakan komputer pertama yang mempunyai mesin yang sesuai dengan gabungan bahagian sains dan perniagaan.
Buat pertama kali, IBM memperkenalkan tempoh memproses perkataan dengan menggunakan Pita Magnetik / Mesin Taip Selektrik ( MT /ST ).
MT /ST ini adalah medium simpanan penggunaan semula yang pertama.
Medium ini membolehkan mengedit material yang telah ditaip tanpa menaip semula dokumen.

1965 :
Dr John Kemeny dari Dartmouth mengetuai pembangunan tentang bahasa pengaturcaraan BASIC.
BASIC akan digunakan secara meluas dalam komputer peribadi.
Perniagaan-perniagaan besar menggunakan komputer untuk memproses informasi kewangan.
Program komputer dan bahasa pengaturcaraannya memberikan kemudahan kepada komputer.
Kemudahan ini membantu meningkatkan kerja dengan harga yang tinggi untuk penggunaan perniagaan.
Syarikat Peralatan Digital ( DEC ) memperkenalkan minikomputer yang pertama, iaitu PDP-8.
Komputer ini digunakan dengan meluas sebagai alat penyambung untuk sistem perkongsian masa.

1968 :
Syarikat Sains Komputer menjadi syarikat software yang pertama disenaraikan dalam NYSE ( New York Stock Exchange ).
Dr. Edsger Dijsktra memperkenalkan konsep memprogram dan membangunkan standard yang telah distrukturkan untuk membina program-program komputer.
Alan Shugart di IBM membuktikan penggunaan biasa cakera liut (floopy disc) yang bersaiz 8 inci.

1969 :
Tekanan daripada industri menyebabkan IBM mengumumkan bahawa beberapa harga softwarenya akan diasingkan daripada hardware komputer.
Ketidakikatan ini, membenarkan firma-firma software muncul dalam industri.
Rangkaian ARPANET, iaitu bekas pemegang internet telah ditubuhkan.

1970 :
Komputer generasi keempat dengan pembinaan cip yang menggunakan integrasi berskala besar ( Large-Scale Integration - LSI ) muncul.
Large Scale Integration (LSI) dapat memuatkan ratusan komponen ke dalam sebuah cip.
Cip LSI mengandungi 15,000 litar berbanding dengan cip yang telah digunakan pada tahun 1965 hanya mengandingi 1,000 litar.

1971 :
Dr. Ted Hoff dari Syarikat Intel mengembangkan mikropemproses ataupun cip komputer yang boleh dimikroprogramkan, iaitu Intel 4004.
Intel 4004 berprestasi lebih rendah, dan kurang upaya berbanding dengan komputer perniagaan pada waktu itu.
Ianya hanya digunakan oleh peminat komputer atau dalam permainan elektronik
Cip Intel 4004 membawa kemajuan kepada litar bersepadu dengan meletakkan seluruh komponen dari sebuah komputer seperti CPU, memori, dan alat input/output ke dalam sebuah cip yang sangat kecil.
Litar bersepadu yang dibuat untuk suatu tugas spesifik, kini sebuah mikropemproses dapat dihasilkan dan diprogramkan.

1975 :
Robert Metcalf di Xerox PARC ( Palo Alto Research Center ) telah mengembangkan Ethernet, iaitu perkabelan langsung ( Local Area Network- LAN ) yang pertama.
LAN membenarkan komputer-komputer untuk berkomunikasi dan berkongsi software, data, dan sempadan.
Komputer jaringan membolehkan komputer tunggal untuk membentuk kerjasama elektronik bagi menyelesaikan suatu proses tugas.
Ethernet yang telah direka bentuk untuk menghubungkan minikomputer- minikomputer, juga akan disambungkan kepada komputer peribadi.
Syarikat MITS mengiklankan mikrokomputer yang pertama, iaitu Altair.
Altair, nama destinasi dalam episod ‘Star Trek’, telah dijual dalam peralatan kurang daripada $ 400.
Walaupun ia tidak mempunyai papan kekunci, monitor, memori tetap dan software, tetapi ia masih mengambil 4000 tempahan dalam tempoh 3 bulan yang pertama.

1976 :
Steve Jobs dan Steve Wozniak membina komputer Apple yang pertama.
Versi seterusnya, iaitu Apple II merupakan kejayaan yang serta merta.
Ianya telah diterima oleh sekolah-sekolah rendah, sekolah-sekolah tinggi, dan kolej-kolej.
Bagi kebanyakkan pelajar, Apple II merupakan hubungan pertama mereka dengan dunia komputer.

1979 :
VisiCalc, suatu program berkomputer untuk memaipulasi data berjadual (spreadsheet) yang ditulis oleh Bob Frankston dan Dan Bricklin telah diperkenalkan.
Apabila program spreadsheet dilancarkan untuk mesin Apple II, VisiCalc menjadi sebab utama bagi penerimaan komputer peribadi dalam dunia perniagaan.
Komputer-komputer yang dijual dengan program spreadsheet mudah digunakan di kalangan orang awam.
CompuServe dan Source, iaitu perkhidmatan maklumat online awam telah ditubuhkan.

1980 :
IBM menawarkan Bill Gates, pengasas Syarikat Mikrosoft peluang mengembangkan sistem operasi untuk diumumkan dalam komputer peribadi IBM.
Dengan pembangunan MS-DOS, Mikrosoft mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang hebat.
Alan Shugart menawarkan ‘hard drive’ Winchester yang menukarkan simpanan untuk komputer peribadi.

1981 :
IBM memperkenalkan penggunaan Personal Computer (PC) untuk penggunaan di rumah dan sekolah.
PC IBM yang diperkenalkan menandakan kemasukan IBM dalam pasaran komputer peribadi.
PC IBM mengumpul saham yang paling besar dalam pasaran komputer peribadi dan menjadi pilihan komputer peribadi dalam perniagaan.
Elk Cloner, virus komputer yang pertama merebak menerusi cakera liut (floopy disc) Apple II yang mengandungi sistem operasi.
Rima (rhyme) pendek akan muncul apabila pengguna menekan butang ‘Reset’ selepas boot ke-50 disk bervirus.

1982 :
Komputer peribadi sebanyak 3,275,000 unit telah dijual.
Ini adalah tambahan jualan lebih kurang 3,000,000 unit berbanding dengan tahun 1981.
Compaq, Inc. telah diasaskan untuk membangunkan dan memasarkan komputer peribadi yang bersesuaian dengan IBM.
Compaq mula mengenalkan komputer portabel yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Hayes memperkenalkan modem 300bps yang merupakan satu kejayaan segera.

1983 :
Majalah TIME telah memilih nama komputer untuk anugerah ‘ Machine of the Year’ bagi tahun 1982.
Ini menandakan kepentingan komputer dalam masyarakat.
Syarikat Pembangunan Lotus telah ditubuhkan.
Software Lotus 1-2-3, yang menggabungkan data berjadual (spreadsheet), grafik dan program database dalam satu pakej, menjadi program jualan terbaik untuk komputer peribadi IBM.

1984 :
Apple memperkenalkan komputer Macintosh yang menggabungkan keunikan dan kemudahan untuk belajar.
Komputer peribadi (PC) IBM bersaing dengan komputer Macintosh dalam merebutkan pasaran komputer.
Komputer Macintosh menjadi terkenal kerana mempopularkan sistem grafik pada komputernya, sementara saingannya masih menggunakan komputer yang berasaskan teks.
Macintosh juga mempopularkan penggunaan tetikus dan mempunyai memori sebanyak 128 KB.
Hewlett-Packard mengumumkan pencetak Laser Jet yang pertama untuk komputer peribadi.

1986 :
Mikrosoft mempunyai sumbangan stok awam dan mengumpul hampir-hampir $ 61 million.
Dalam tempoh 20 tahun, saham Mikrosoft bernilai kira-kira $ 350 billion atau 5,735 kali jumlah yang dikumpul dalam bantuan stok awam awal.
Compaq Deskpro adalah komputer pertama yang menggunakan prosessor 80386 buatan Intel Corp.

1988 :
Mikrosoft melebihi Syarikat Pembangunan Lotus untuk menjadi peniaga software (software vendor) yang tertinggi di dunia.

1989 :
Semasa bekerja di CERN, Switzerland, Tim Berners–Lee mencipta Internet berdasarkan perusahaan hipermedia untuk perkongsian maklumat.
Berners – Lee menamakan pembaharuan ini sebagai ‘ World Wide Web’.
Intel 486 menjadi mikropemproses dunia yang pertama sebanyak 1,000,000 transistor.
Ia menyumbat sebanyak 1.2 million transistor ke dalam silikon perak dan melaksanakan 15,000,000 arahan dalam masa sesaat, iaitu 4 kali lebih laju daripada cip 80386.

1991 :
Konsortium World Wide Web melancarkan standardnya yang menghuraikan rangka untuk menggabungkan dokumen-dokumen dalam komputer yang berlainan.

1992 :
Mikrosoft melancarkan Windows 3.1, versi terbaru sistem pengoperasian Windows.
Windows 3.1 menawarkan kebaikan seperti font True Type, kebolehan multimedia, dan objek yang menyambung dan memacak ( object linking and embedding – OLE).
Dalam tempoh 2 bulan, 3, 000, 000 salinan Windows 3.1 telah dijual.

1993 :
Beberapa syarikat memperkenalkan komputer melalui mesin memproses (processor) Pentium daripada Intel.
Cip Pentium menggantikan mesin memproses Intel 486.
Ianya mengandungi 3.1 million transistor dan mampu melaksanakan 112, 000,000 arahan sesaat.
Mikrosoft melancarkan Mikrosoft Office 3 Professional, iaitu versi pertama Mikrosoft Office.
Rumah Putih ( White House ) juga melancarkan laman webnya sendiri, yang meliputi buku panduan rakyat yang berinteraksi, sejarah dan lawatan Rumah Putih.

1994 :
Jim Clark dan Marc Andreessen mengasaskan Netscape dan melancarkan Navigator 1.0, iaitu sebuah browser untuk World Wide Web.
Linus Torvalds mencipta bahagian penting Linux, iaitu UNIX, sistem pengoperasian yang dilancarkan ke seluruh Internet secara percuma untuk peningkatan selanjutnya oleh pengaturcara yang lain.

1995 :
Sun Microsystems melancarkan Java iaitu objek berorientasikan bahasa pengaturcaraan yang membenarkan pengguna menulis satu aplikasi untuk pelbagai pelantaran ( platform) komputer.
Java menjadi salah satu teknologi internet yang hangat.
Mikrosoft juga melancarkan Windows 95, iaitu sebuah pengemaskinian terhadap sistem pengoperasian Windows.
Ia mengandungi lebih daripada 10, 000, 000 talian arahan komputer yang telah dikembangkan melalui usaha tahunan 300 orang.
Lebih daripada 50, 000 individu dan syarikat menguji software ini sebelum ianya dikeluarkan.

1996 :
U.S. Robotics memperkenalkan Palm Pilot, penganjur peribadi yang boleh dipegang di tangan (handheld personal organizer).
Kemesraan pengguna dan harga yang murah menyebabkan Palm Pilot menarik perhatian selepas PDAs ( Personal Digital Assistants ).
Mikrosoft melancarkan Windows NT 4.0, iaitu sistem pengoperasian untuk pelanggan – pemberi (server) rangkaian.
Alat pengurusan dan kepintaran Windows NT memudahkan para pemaju untuk membina dan membahagi aplikasi perniagaan.
2 daripada 3 orang pekerja di Amerika Syarikat mengakses komputer peribadi dan 1 daripada setiap 3 rumah mempunyai komputer peribadi.
50 million komputer peribadi telah dijual di selururh dunia dan lebih daripada 250,000,000 digunakan.

1997 :
Apple dan Mikrosoft menandatangani perjanjian pembangunan teknologi gabungan.
Mikrosoft membeli $150, 000, 000 stok Apple.
DVD, iaitu penghasilan simpanan cakera optic yang berteknologi ( optical disc storage technology ) diperkenalkan.
DVD boleh menyimpan data komputer, audio dan video dalam format utama ( single format) dengan kebolehan mengeluarkan kualiti studio terdekat.
Pada penghujung tahun, 500,000 ‘DVD players’ telah dihantar ke seluruh dunia.
Intel memperkenalkan mesin memproses Pentium III dengan 7.5 million transistor.
Mesin ini menggabungkan teknologi MMX, memproses data, video, audio dan grafik dengan lebih efisien, cekap dan menggalakkan aplikasi seperti menyunting filem dan permainan.
Mikrosoft melancarkan Internet Explorer 4.0 dan mendapat satu tempat dengan serta – merta di arena Internet.
Pembaca web ini disambut dengan permintaan pengguna yang hebat sehingga seramai 50 million dihubungkan kepada internet dan World Wide Web ( WWW).

1998 :
Lebih daripada 10,000,000 orang memberi perhatian untuk meneruskan telekomuting.
Ini kerana kemampuan bekerja di rumah dan berkomunikasi dengan pejabat melalui komputer.
Banyak firma yang meliputi telekomuting membantu meningkatkan produktiviti, mengurangkan ketidakhadiran dan membekalkan kepuasan kerja yang lebih baik
Komputer Apple memperkenalkan iMac, versi seterusnya komputer Machintosh yang popular.
Ia mempunyai ciri-ciri biasa sebagai drive cakera liut ( floppy disc drive ) tetapi memenangi pelanggan dengan reka bentuk yang sesuai bagi masa hadapan.
Ia berbentuk kotak yang lut sinar, dan mempunyai struktur organisasi yang mudah ( easy setup ).
Oleh sebab permintaan pengguna melebihi kemampuan pengeluaran Apple, peniaga ditegaskan supaya memulakan senarai menunggu.
E-dagang atau elektronik dagang, iaitu pemasaran barang dan perkhidmatan di Internet melambung naik.
Syarikat-syarikat seperti Dell, E*TRADE dan Amazon.com menggiatkan aktiviti membeli-belah secara online.
Contohnya, membenarkan pembeli-pembeli memperoleh apa sahaja daripada hardware dan software untuk kewangan serta perkhidmatan perjalanan, insurans, automobil, dan buku.
Mikrosoft melancarkan Windows 98, iaitu suatu pengemaskinian bagi Windows 95.
Ia menawarkan akses Internet yang telah dipertingkatkan, pelaksanaan sistem yang lebih baik, dan menyokong penghasilan baru hardware serta software.
Dalam tempoh 6 bulan, lebih daripada 10, 000, 000 salinannya telah dijual di seluruh dunia.

1999 :
Untuk membohkankan komputer-komputer patuh pada Y2K ( Year 2000 ), kerajaan-kerajaan dan syarikat-syarikat telah bekerja dengan membelanjakan lebih daripada $500 billion di seluruh dunia.
Komputer-komputer yang tidak patuh kepada Y2K, tidak dapat membezakan sama ada 01/01/ 00 merujuk kepada 1900 atau 2000, maka menyebabkan penggunaan tarikh yang salah.
Virus Y2K yang boleh mencacatkan program komputer ( bug ) boleh memberi kesan kepada apa sahaja aplikasi yang bergantung kepada cip komputer seperti ATMS , plan udara ( airplace), kuasa syarikat dan sistem telefon.
Pada penghujung tahun, virus Y2K dilaporkan tidak menjadi suatu masalah.
Hakim Daerah U.S., Thomas Denfield Jackson memutuskan kuasa monopoli penggunaan Mikrosoft melemaskan persaingan dalam bicara antikepercayaan yang telah dibawa oleh Jabatan Keadilan dan 19 negeri.
Mikrosoft memperkenalkan Office 2000, set produktiviti utama yang menawarkan alat-aat batu untuk pengguna mencipta kandungan dan menyimpannya terus dalam laman web tanpa penukaran apa-apa fail atau langkah khas.
Software Kod Sumber Terbuka ( Open Source Code) seperti sistem pengoperasian Linux dan pemberi (server) web Apache yang telah diciptakan oleh sukarelawan yang tidak berbayar.
Software ini mula mendapatkan penerimaan secara besar-besaran di kalangan pengguna komputer.

2000 :
Shawn Fanning , 19, dan Syarikatnya, Napster telah menyebabkan industri muzik tidak menentu dengan pembangunkan software.
Ini memberi laluan kepada para pengguna komputer untuk menukar fail muzik antara satu sama lain tanpa server fail yang telah dipusatkan.
Bagi pihak 5 syarikat media, Industri Perekodan Amerika telah mendakwa Napster untuk pelanggaran hak cipta dan mereka telah menang.
E-dagang mencapai penerimaan haluan utama di mana jualannya melebihi $100 billion, dan perbelanjaan tahunan mengiklankan Internet mencapai lebih daripada $5 billion.
Syarikat Dot.com ( berdasarkan Internet ) keluar daripada perniagaan pada rekod kadar kemajuan ( record pace) sebagai pelabur kewangan yang menahan modal disebabkan oleh ketidakuntungan syarikat-syarikatnya.
Mikrosoft melancarkan Windows 2000 dan Windows Me.
Windows 2000 menawarkan kepercayaan dan keselamatan yang dipentingkan di luar pengetahuan ramai.
Windows Me direka bentuk bagi pengguna rumah dan membiarkan mereka mengedit filem di rumah, berkongsi foto digital, index muzik dan mencipta rangkaian rumah.
Menurut Jabatan Perdagangan U.S., trafik internet meningkat secara berganda setiap 100 hari, menyebabkan kadar pertumbuhan tahunan lebih daripada 700 %.
Ini telah diusahakan melalui radio selama 30 tahun dan televisyen selama 15 tahun untuk mencapai masyarakat yang berjumlah 60 million.
Internet juga mencapai penggunanya sebanyak 60 million dalam masa 3 tahun.
Teleperubatan menggunakan teknologi satelit dan rundingan video untuk menyiarkan rundingan pakar dan menjalankan pembedahan berjarak
Robot juga digunakan untuk tugasan yang kompleks dan betul.
Pembedahan berbantukan komputer menggunakan realiti yang sebenar untuk membantu dalam melatih dan merancang prosedur.

2001 :
Intel telah membuka rahsia tentang Cip Pentium 4 dengan kelajuan masa yang bermula pada 1.4GHz.
Pentium 4 ini merangkumi transistor sebanyak 42 million, iaitu hampir dua kali ganda kandunganya dalam Pentium III.
Mikrosoft melancarkan sistem pengoperasian besar yang dikemaskini dengan Windows XP untuk mikrokomputer, server dan Poket PC 2002.
Windows XP nyata sekali boleh dipercayai berbanding versi terdahulunya.
Ia mempunyai sifat-sifat seperti senibina komputer sebanyak 32 bit, dan menawarkan perasaan serta gaya baru.
Poket PC 2002 menawarkan pengguna komputer yang boleh dipegang dalam tangan (handheld) seakan alat penyambung kepada Windows dan fungsi yang konsisten.
Mikrosoft memperkenalkan Office XP, iaitu versi seterusnya yang mengetuai dunia dalam set produktiviti software.
Ianya mempunyai ciri-ciri seperti pengiktirafan dalam pertuturan dan penulisan, label-label yang berwibawa ( smart tags ) serta tugasan.
Pembaca Avid mengemar e-buku kerana boleh membaca teks digital pada skrin padat komputernya.
E-buku boleh menyimpan kandungan 10 buku tradisional yang mengandungi teks, grafik dan pembaca boleh mencari, melabelkan teks dan menambah nota.

2002 :
Mikrosoft melancarkan strategi .NETnya sendiri yang merupakan persekitaran baru bagi mengembangkan dan mengoperasikan aplikasi software.
Ia juga menyifatkan pembangunan mudah untuk Web berdasarkan perkhidmatan.
Intel melancarkan cip Pentium 4 yang telah diperbaharuinya dengan mesin pemproses sebanyak 0.13 micron dan Hyper-Threading Technology (HTT), beroperasi pada kelajuan 3.06 GHz.
Ini membolehkan mesin pemproses dengan 1 billion transistor untuk beroprasi pada 20GHz.
‘DVD writers’ mula menggantikan ‘CD Writeris ( CD-RW)’ dan ia boleh menyimpan maklumat sehingga 8 kali ganda berbanding CDs.
Ia menyimpan filem rumah, muzik, foto dan salinan sokongan ( backups ).
Kamera video digital, dan ‘DVD writers’, mudah digunakan untuk software yang mengedit video.
Peningkatan dalam kemampuan penyimpanan membenarkan purata pengguna komputer untuk mencipta ‘ Hollywood’, seperti video dengan pengenalan, kesimpulan, adegan yang disusun semula, muzik dan penceritaan dalam filem yang tidak diiringi oleh pembesar suara gambar ( voice – over ).
Komputer Tablet telah diperkenalkan semula sebagai PC mobil generasi akan datang .
Ianya merupakan alat yang ringan ( lightweight device ), dan bersaiz 3 –bulatan ( ring ) buku nota, adalah unggul untuk pengguna.

2003 :
Alat dan komputer tanpa wayar seperti papan kekunci, tetikus, rangkaian rumah dan perincian akses internet awam menjadi umum.
Sistem pengoperasian yang terbaru termasuklah sokongan standard untuk Wi-Fi ( Wireless Fidelity ) dan Bluetooth.
Kemampuan tanpa wayar adalah standard untuk PDAs dan Tablet PCs.
Mikrosoft melancarkan Office 2003,iaitu versi terkini yang menjadi kemegahan set office.
Versi Office ini digunakan oleh lebih daripada 400 million orang dari 175 negara dan 70 bahasa.
Recording Industry Association of American (RIAA) telah memfailkan lebih daripada 250 dakwaan terhadap pengguna komputer individu yang menawarkan hak cipta muzik melalui rangkaian yang lain.

2004 :
Syarikat seperti RealNetworks, Mikrosoft, Sony, dan Wal-Mart diawasi oleh Komputer Apple dalam perniagaan simpanan muzik online.
Pada 2003, laman web ‘Apple’s iTune Music Store’ telah menjual hampir 20 million lagu untuk 99 sen setiap lagu.
Monitor ‘flat-pand LCD’ mendahului monitor CRT sebagai pilihan popular pengguna komputer walaupun ia berkos tinggi.
Ia juga menawarkan beberapa kelebihan termasuk saiz fizikal, berat, saiz paparan yang betul, penggunaan kuasa yang baik dan tiada pancaran radiasi.
‘USB flash drivers’ yang kecil dapat menyimpan 4 billion karektor dan ia menjadi satu cara kos – efektif untuk menghantar data dan maklumat daripada satu komputer kepada yang lain.
Linux, sistem pengoperasian sumber terbuka menghasilkan kejayaan besar dalam menuju ke pasaran server sebagai alternatif untuk Microsoft Windows, Sun’s Solaris dan Sistem pengoperasian UNIX.
Penjual menuntut pembekal supaya memasukkan label Identifikasi Frekuensi Radio (Radio Frequency Idntification - RFID ) ataupun mikrocip dengan antenna yang bersaiz 1/3 milimeter, dalam barangan jualannya.
Apabila transponder menerima pertanyaan radio tertentu, ia memberi respond dengan memancarkan kod ID yang uniknya.
RFID berfungsi sebagai ‘ bar code ‘ dan boleh menghapuskan barisan mendaftar keluar yang panjang.
Komputer Apple memperkenalkan iMac G5 yang licin dan berkilat.
Alat paparan (display) komputer barunya mengandungi sistem unit.
Seramai 106 million atau 53% daripada 200 million populasi online di Amerika mengakses internet melalui ‘speedy broadband’.

2005 :
Mikrosoft mendedahkan Windows XP Media Center Edition 2005.
Ia membenarkan pengguna untuk mengakses kemampuan rutin Windows XP- berdasarkan PC.
Ia juga memfokus dalam menyampaikan kandungan media seperti muzik, fotografi digital, filem dan televisyen.
Penubuhan Mozila meramalkan bahawa menjelang akhir tahun 2005, ianya akan mempunyai 10% pasaran browser, terutamanya pada kos browser keselamatan – wabak ( security- plagued ) dalam penjelajah internet Mikrosoft (Microsoft’s Internet Explorer).
‘Blogging and podcasting ‘ menjadi kaedah utama untuk mengagihkan maklumat melalui web.
‘Spam, spyware, phising, pharming, spim and spit’ mengambil tempat utama bersama dengan virus sebagai pengacau besar kepada 801 million pengguna komputer di seluruh dunia.
Apple melancarkan versi terbarunya, iaitu ‘ iPod audio player ‘ yang bersaiz poket.
iPod yang memainkan lagu, kemudian foto, seterusnya ‘podcasts’, kini mempunyai video muzik dan TV yang menunjukkan paparan ( display ) warna bersaiz 2.5’’ sehingga 150 jam.
Mikrosoft melancarkan Xbox 360, iaitu alat hibur ( console ) permainan terbarunya.
Ia mempunyai ciri-ciri seperti kemampuan untuk memainkan muzik, mempamerkan foto, dan rangkaian dengan komputer serta permainan Xbox yang lain.
Microsft juga memperkenalkan Visual Studio 2005 yang mengandungi ‘Visual Basic’, ‘ Visual C # ‘, ‘ Visual J # ‘ , ‘ Visual C + +’ dan ‘SQL Server’.
Mikrosoft melancarkan ‘Visual Studio 2005 Express Edition’ untuk penggemar, pelajar dan bukan profesional.
Telefon bijak ( smart phone ) mendahului PDA sebagai pilihan alat mobil persendirian.
Telefon ini menawarkan fungsi-fungsi seperti telefon bersel, pengurusan maklumat peribadi penuh, dan e-mail.
Ia juga mempunyai ‘Web Browser’, kemampuan mesej segera dan kebolehan mendengar muzik, bermain video dan permainan ( games ) serta mengambil gambar dengan kamera yang terbina di dalamnya.

2006 :
Sony melancarkan ‘Play Station 3’ dan Nintendo pula melancarkan ‘Revolution’.
Dalam permainan sebelumnya, Sony telah memenagi jualan dunia sebanyk 90 million konsol mainan video Play Station 2.
Mikrosoft hanya telah menjual 24 million konsol mainan video Xbox dan 21 million konsol Game Cube telah dijual oleh Nintendo.
IBM mengeluarkan superkomputer terpantas yang dipanggil ‘BlueGene /L yang boleh melakukan pengiraan hampir-hampir 28 trillion dalam masa kita berkelip mata atau 1/10 daripada sesaat.
Ia digunakan untuk menjelajah ( explore ) hidrodinamik, ilmu kimia kuantum ( quantum chemistry ), molekul dinamik, membuat model iklim ( climate modeling ), dan membuat model kewangan.
Mikrosoft melancarkan versi terbaru set Office yang menjadi kemegahannya.
Ia mempunyai ciri-ciri baru seperti pengemaskinian yang paling penting untuk pengguna berinteraksi lebih daripada satu dekad dan kebolehan menyimpan dokumen-dokumen dalam bentuk PDF dan XML.
Majlis-majlis Perbandaran di seluruh Amerika mula menempatkan penyambungan ‘broadband’ tanpa wayar yang berkos rendah dan berkelajuan tinggi kepada semua perincian yang berada di dalam bidang kuasa mereka.
Rakyatnya mengakses Internet pada kelajuan ‘broadband’ dengan menggunakan mikrokomputer, komputer riba (notebook), atau alat yang boleh dipegang dalam tangan (handheld devices) tanpa wayar untuk menyambungkan kepada perincian akses Wi-Fi.
Beberapa majlis perbandaran melihat penempatan rangkaian tanpa wayar sebagai satu cara untuk menyambung pembahagi digital.
Mikrosoft juga melancarkan Windows VistaTM , versi terbaru sistem pengoperasian yang luas digunakan.
Ia memfokuskan kepada peningkatan keselamatan, penempatan , kebolehan mengurus dan pelaksanaan.
Versi baru ‘web browser ‘ yang paling popular di dunia iaitu ‘ Internet Explorer 7’ telah dimasukkan bersama Windows Vista.
Ciri-ciri baru ‘ browser’ ini termasuklah kemajuan dalam keselamatan dan meningkatkan ‘ browsing’ untuk pengguna akhir.
Apple juga mula menjual komputer Macintosh dengan mikropemproses Intel.
Projek superkomputer mutlak ( virtual ) IBM yang dipanggil ‘ World Community Grid’ menghubungkan hampir-hampir 100,000 komputer peribadi di seluruh dunia.
Gugusan talian (Grid), yang telah direka bentuk untuk menampung sehingga 10 miliion komputer, adalah dibentuk daripada komputer peribadi yang diberikan dengan sukarela oleh pemilik untuk digunakan daripada komputer tersebut disia-siakan.
Superkomputer digunakan untuk mencipta pangkalan data saintifik yang dapat digunakan untuk penyelidik seluruh dunia.
Projek seterusnya bagi gugusan talian adalah mengekalkan pangkalan data HIV / AIDS dengan kemas kini sebagai virus yang mengembangkan ke dalam bentuk dadah – melawan (drug-resistant forms).

No comments:

Post a Comment