Wednesday, March 31, 2010
TAHUKAH ANDA..???Sejarah Dinar Emas...
Dinar Emas dan Dirham Perak
Sejarah Pengenalan Dinar Emas dan Dirham Perak.
Kesohoran dinar sebagai satu matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai matawang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan “Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years“ adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut. Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku…jawapannya ialah matawang konvensional yang tersedia ada tidak berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Apa yang berlaku pada hari ini ialah dunia menggunakan wang kertas yang rezabnya hanyalah dalam bentuk nisbah peratusan emas yang diperuntukkan dan bukannya instrumen itu sendiri yang memiliki nilai emas secara keseluruhannya. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama. Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu. Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 9166 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat. Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga hartanah, gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan fitrah serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat. Ini memandangkan dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
TAHUKAH ANDA? : BANTAL DAN KAJIAN NYA....
Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-
1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yangboleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi.Mereka juga sangat prihatin
terhadap kesusilaan.
BANTAL DAN KAJIAN NYA....

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang keyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.
3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya.
Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.
4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.
5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
TAHUKAH ANDA KIOSK TELEFON PIAWAI PERTAMA DIHASILKAN…
Kiosk telefon piawai pertama diperkenalkan oleh United Kingdom Pejabat Pos telah dihasilkan dengan konkrit pada 1920 dan direka sebagai K1 (Kiosk No.1). Reka bentuk ini tidak sama dengan kotak telefon merah yang biasa dilihat sekarang.
Kotak telefon merah adalah penyebab pesaingan pada 1924 untuk rekaan sebuah kiosk yang akan menjadi sesuai bagi London Metropolitan Boroughs yang telah mencegah keusahaan Pejabat Pos untuk mendirikan kiosk K1 di jalan mereka.
Royal Fine Art Commission memainkan peranan penting dalam pilihan piawai kiosk British. Oleh kerana ketidakgembiraan besar dengan reka bentuk GPO, Metropolitan Boroughs Joint Standing Committee mengaturkan suatu pesaingan untuk yang lebih bagus pada 1923, tetapi penilaiannya amat mengesalkan. The Birmingham Civic Society kemudian menghasilkan reka bentuknya sendiri - dalam konkrit reinforced - tetapi ia telah dilaporkan oleh Pengarah Telefon bahawa reka bentuk yang dihasilkan oleh Office of the Engineer-in-Chief lebih disukai; seperti yang dinyatakan dalam Architects’ Journal, 'tiada orang dengan segala ilmu reka bentuk dapat merasa apa-apa tetapi kemarahan dengan coraknya yang kelihatan meikmati fikiran rasmi.' The Birmingham Civic Society tidak menyerah diri dan, dengan tambahan tekanan dari Royal Institute of British Architects, Town Planning Institute dan Royal Academy, Postmaster General dipaksa untuk memikir sekali lagi; dan penilaiannya adalah bahawa RFAC mengaturkan pesaingan terhad.
Pengatur menjemput entries dari tiga arkitek terhormat dan, bersamaan dengan reka bentuk dari Pejabat Pos dan dari The Birmingham Civic Society, Fine Arts Commission menghakimi pesaingan itu dan memilih reka bentuk yang dikirimkan oleh Giles Gilbert Scott sebagai pemenang. Pejabat Pos memilih untuk membuatnya dalam cast iron (Scott telah bercadangkan mild steel) dan untuk mengecatnya merah (Scott telah mengcadangkan perak, dengan bahagian dalam "hijau-biru") dan, dengan tukaran kecil lain pada perincian, reka bentuk Scott telah dibawa ke dalam perkhidmatan sebagai Kiosk No.2 or K2.
Sejak 1926 K2 telah diaturkedudukan di dan sekitar London dan K1 terus didirikan di tempat lain.
K3 direkabentuk pada 1930, sekali lagi oleh Gilbert Scott adalah mirip dengan K2 tetapi telah dibinakan dari konkrit dan pertujuan untuk kegunaan seluruh negara. Lebih murah dari K2, ia masih lagi lebih mahal sedikit dari K1 dan ia masih manjadi pilihan untuk tempat-tempat gajian-kecil. Skema warna piawai untuk K1 dan K3 adalah krim, dengan bar berpasang kaca merah.
K4 (direkabentuk oleh Post Office Engineering Department pada 1927) menggabungkan sebuah kotak pos dan mesin untuk membeli setem pos di bahagian luar. Hanya 50 kiosk dengan reka bentuk ini telah dibinakan.
TAHUKAH ANDA SEJARAH MENGENAI VIRUS !!!
Menurut kamus pelajar DBP, virus bermaksud `hidupan seni yang menyebarkan penyakit dan menularkannya. Dalam istilah komputer, virus adalah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu dalam disk yang dinamakan boot sector. Virus akan diaktifkan apabila kita menjalankan sesuatu program atau perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti.
Perkataan virus adalah berasal daripada perkataan latin bermaksud racun. Virus telah diketahui oleh manusia lebih daripada 20 tahun yang lalu. Tetapi mengikut rekod, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau disalin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.
Virus komputer merupakan sebuah aturcara atau program yang berupaya menyerang dan merosakkan fail-fail komputer yang dijangkitinya. Bertukar dan membiak dengan sendiri adalah satu "kemahirannya" yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Malah, virus komputer memiliki keupayaan parasit, di mana ia boleh bercantum dengan sektor boot atau fail di dalam komputer anda lalu bertindak untuk merosakkan serta menghancurkan sistem fail tersebut .
Berbeza dengan virus biologi, virus komputer boleh dicipta dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti C, C++ selain bahasa himpunan (assembly language). Pereka virus akan membiana set-set aturcara tertentu dan akan memastikan ia berfungsi untuk merosakkan kandungan fail-fail perisian secara meluas atau berdikit-dikit. Satu lagi alternatif ialah penggunaan perisian yang berupaya menghasilkan virus secara automatik berdasarkan ciri-ciri tetentu misalnya dengan menggunakan Enjin Virus SMEG (Virus Engine). Virus yang tersenarai di sini pernah mencipta nama di persada antarabangsa pada suatu ketika .
Saintis komputer telah menemui beberapa persamaan antara virus biologi (seperti "H5N1") dan virus komputer. Pertama sekali, kedua-duanya memerlukan perumah sebagai tempat tinggal. Dalam kes virus komputer, perumah biasanya adalah fail atau cakera yang telah dijangkiti. Kedua, kedua-duanya mampu mereplika (membuat salinan) sendiri dari satu perumah ke perumah yang lain. Akhir sekali, kedua-duanya boleh mengakibatkan kerosakan pada perumah tersebut. Namun sekurang-kurang terdapat satu perbezaan: "virus komputer dicipta oleh manusia sementara virus biologi tidak begitu." Apabila virus menyerang, kesannya bermula daripada paparan skrin yang menyakitkan hati hinggalah kerosakan data yang teruk dan mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat.
Untuk memburukkan lagi keadaan, virus bernama "virus makro" menyertai dunia komputer pada 1995. Keupayaannya menjangkiti fail dokumen telah menidakkan pendapat yang mengatakan "virus hanya boleh menjejaskan fail program." Selain itu, kebiasaan bertukar-tukar dokumen antara pengguna komputer telah menyemarakkan lagi penyebaran virus makro.
20 tahun yang lalu tidak wujud sebarang virus komputer. Dalam tahun 1983, program virus yang pertama dihasilkan oleh seorang pelajar Universiti of Carlifornia iaitu Fred Cohen. Sebenarnya virus ini dicipta hanyalah untuk menyedarkan tentang bahayanya kod komputer sedemikian rupa. Virus telah diketahui oleh manusia lebih daripada 20 tahun yang lalu.
Berdasarkan rekod dunia, virus komputer telah dicipta pada tahun 1985 oleh dua orang adik-beradik iaitu Anjal dan Basit dari Lahore, Pakistan dimana mereka mencipta virus ini adalah sebagai pelindung kepada perisisan yang telah mereka cipta dari ditiru atau di salin oleh orang lain. Virus komputer yang pertama di rekodkan ini digelar sebagai 'Brain'.
Setahun kemudian beberapa serangan virus komputer dilaporkan , antaranya Jurusalem yang berasal dari Israel.Jurusalem adalah virus penghuni ingatan (memory resident ) pertama. Ia memasangkan dirinya kedalam ingatan komputer terpasang.
Selain Jurusalem, virus Stoned, Cascade dan Friday 13th juga dikesan kali pertama pada tahun 1987. Pada tahun 1990, banyak virus yang mempunyai keupayaan canggih merebak secara meluas. Antaranya Stealth iaitu virus yang boleh menyembunyikan dirinya atau kerosakan yang dilakukannya.
Polymorphism atau lebih dikenali sebagai Trojan Horse - virus yang sentiasa mengubah dirinya semasa merebak. Armoring yang melindungi kod virus dari dibongkar oleh penyelidik antivirus dan Multipartite iaitu sejenis virus yang menyerang perisian dan boot sector secara serentak. Ada lagi sejenis virus yang seakan–akan Trojan Horse kerana ia akan menyalin kembali dirinya, perbezaanya ia menyalin dirinya tanpa mengubah kod aturcaranya. Ia akan merebak sehingga memenuhi ruang storan. Virus ini dikenali sebagai worm. Ia juga akan menyalin dirinya dan menghantar emel kepada senarai emel yang ada di dalam buku alamat yang terdapat dalam akaun emel pengguna tersebut. Ia juga mampu menyerang rangkaian internet melalui emel.
Tahun 1992 menyaksikan kemunculan virus yang paling popular sehingga kini iaitu MICHELANGLO. Virus ini dikenali sebagai jenis `time bomb’.
Pada tahun 1994 pula internet mula mengalami serangan virus. Namun ia tidak berlaku secara meluas dan tiada liputan dibuat. Setahun selepas itu apabila Windows 95 dikeluarkan sejenis virus baru ditemui iaitu virus macro yang dinamakan sebagai Concept. Ia berupaya menjangkiti fail-fail daripada pelbagai platform atau sistem pengoperasian . Menjelang tahun 1996 Concept menjadi virus paling banyak yang disebarkan dalam dunia pengkomputeran

TAHUKAH ANDA KOMPUTER TERAWAL DI DUNIA ?
ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.
ENIAC, atau nama penuhnya Electronic Numerical Integrator And Computer, dibina oleh Dr. John W. Mauchley dan J. Presper Eckert, Jr. pada tahun 1946. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi oleh kerana ia disiapkan selepas tamat perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.
Posted by MOHD RAZIP B A
Subscribe to:
Posts (Atom)